4 CARA MUDAH MEMBUAT KEREPEK PISANG DI RUMAH

23/01/2021

Ingin cuba buat kerepek pisang sendiri di rumah? 

Kerepek pisang ialah salah satu makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia yang sesuai dimakan semasa menonton tv, belajar dan sebagainya.

Selain daripada membeli di kedai-kedai, anda juga boleh membuat sendiri kerepek pisang di rumah dengan resipi yang telah kami sediakan dalam artikel ini.

Asal Usul Kerepek Pisang

Kerepek pisang merupakan satu jenis makanan ringan sesuai dimakan oleh semua golongan. 

Pada asalnya, makanan ringan ini sering dibuat sewaktu musim perayaan seperti Hari Raya dan kenduri-kenduri.

Tetamu yang berkunjung ke rumah akan menjamu kerepek dan juga kuih-muih yang telah disediakan.

Lama-kelamaan, kerepek pisang telah dikomersialkan dan mula dijual sepanjang tahun. 

Kini, anda boleh beli makanan ringan yang unik ini di pasar raya, kedai runcit dan juga online.

Antara jenis-jenis pisang yang sesuai dijadikan kerepek adalah:

● Pisang Tanduk

● Pisang Awak

● Pisang Nipah

● Pisang Lang

● Pisang Nangka

● Pisang Abu

Cara Membuat Kerepek Pisang Di Rumah

Anda boleh cuba membuat kerepek pisang sendiri di rumah dengan mengikuti cara-cara berikut.

Langkah 1: Pemilihan Pisang

Perkara pertama yang anda perlu beri perhatian adalah pemilihan pisang itu sendiri.

Jadi, pisang dalam keadaan yang mana yang sesuai digunakan untuk membuat kerepek pisang?

Jawapannya, anda patut memilih pisang yang cukup tua tetapi masih mentah. 

Ini bermakna pisang yang dipilih belum ada kekuningan dan masih belum masak.

Langkah 2: Teknik mengupas pisang

Setelah anda telah memilih pisang yang memenuhi kriteria, anda perlu memberi fokus kepada teknik mengupas pisang.

Sebelum anda memulakan kupasan, kami sarankan anda gunakan sarung tangan getah.

Dengan menggunakan pisau, anda perlu memulakan kupasan dengan memotong pangkal dan hujungnya terlebih dahulu.

Selepas itu, hiris kulit pisang secara memanjang sehingga pisau mencecah isi pisang.

Anda perlu memastikan anda tidak mengupas isinya sekali. 

Langkah 3: Sagat pisang

Ada penyagat di dapur? Kalau tidak ada, anda perlulah ke kedai untuk membelinya.

Alat ini akan memudahkan anda dalam proses membuat kerepek pisang ini.

Dengan menggunakan penyagat, anda boleh sagat pisang yang telah dihiris dengan cara tegak, memanjang atau serong.

Ikut kreativiti anda, jika anda ada idea bentuk tersendiri, anda juga boleh cuba bentuk tersebut.

Pisang yang disagat perlu diletakkan dalam satu bekas dipenuhi dengan air supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

Dalam satu gorengan, sagat dalam 4-5 biji pisang atau ikut kesesuaian saiz kuali.

Selepas itu, bancuhkan satu sudu garam dan satu serbuk kunyit dengan ¾ cawan air. Ini akan memasinkan kerepek.

Langkah 4: Goreng 

Untuk memulakan proses menggoreng, anda memerlukan lebih kurang 1 liter minyak masak.

Panaskan dahulu minyak sehingga ia agak panas. Peringatan, jangan tunggu sehingga ia berasap.

Sekarang anda boleh masukkan pisang ke dalam kuali. Anda perlu memisahkan pisang-pisang supaya ia tidak melekat dengan menggunakan sudip.

Dalam masa 5-7 minit, anda perlu kacau sekali sekala.

Selepas itu, anda akan dapati pisang akan mula mengeras. 

Apa yang anda perlu buat sekarang adalah tabur 2 sudu garam ke dalam kuali. Kacau-kacaukan supaya air garam rata.

Kemudian, anda akan mula mendengar bunyi berdesir. Teruskan menggoreng dalam 2-3 minit sehingga bunyi tersebut berhenti dan benar-benar garing.

Selepas itu, kerepek anda sudahpun selesai digoreng. 

Tahniah! Kini anda telah berjaya membuat kerepek pisang sendiri di rumah.

Kerepek Yang Anda Boleh Dapatkan Secara Online

Kini, anda boleh dapatkan kerepek secara online di SELDEC. Anda hanya perlu pesan dan kerepek akan dihantar terus ke rumah anda.

Berikut merupakan kerepek yang anda boleh dapatkan:

● ZUANSYAN KEREPEK PISANG ZUANSYAN 400GM

KOHIJRAH MART

RM10

● KHATIJAH KEREPEK UBI MASIN

HOME OF SME

RM4.50

● KHATIJAH KEREPEK UBI PEDAS

HOME OF SME

RM5.00

● HIKMAH FOOD KEREPEK UBI MASIN/PEDAS

Pasar Mini Muslim

RM7.90

● CRAVIA KEREPEK LOBAK MERAH CRAVIA (CHEESE) 200G

CraviaMinys

RM19.90

● CRAVIA KEREPEK LOBAK MERAH CRAVIA (ORIGINAL) 200G

CraviaMinys

RM19.90

● CRAVIA KEREPEK LOBAK MERAH CRAVIA (ORIGINAL) 30G

CraviaMinys

RM3.90

Shopping Kerepek Di Sini

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, anda boleh cuba membuat kerepek dengan sendiri di rumah dengan cara-cara yang telah kami berikan dalam artikel ini.

Semoga berjaya!

Adakah anda berminat untuk memulakan peniagaan atau mengembangkan perniagaan anda? Daftar di Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC).

SELDEC bertujuan untuk menghubungkan peniaga dengan pembeli secara 'direct' tanpa menggunakan orang tengah.

SELDEC mampu membina rangkaian yang lebih luas untuk semua usahawan tidak kira sama ada anda merupakan peniaga di bandar atau luar bandar.

Selain itu, SELDEC juga bertujuan menyelesaikan beberapa isu untuk peniaga-peniaga.

Sistem rantaian pengurusan perniagaan, manfaat sumber yang sedia ada dan mengurangkan kos kitaran merupakan tujuan-tujuan utama SELDEC.

Tanpa penglibatan orang tengah, peniaga-peniaga mampu mendapat manfaat yang jauh lebih baik dari segi pendapatan.

Untuk memudahkan urusniaga, SELDEC dikuasakan dengan penggunaan aplikasi digital.

Tempahan barangan oleh pelanggan boleh dilakukan melalui aplikasi dan boleh diakses oleh semua orang yang mempunyai telefon pintar.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi SELDEC

Comments

No posts found

Write a review