Anda mahu sayur segar dihantar terus ke pintu hadapan rumah anda?
Dengan aplikasi SELDEC Marketplace, anda boleh membuat pilihan dari pelbagai jenis sayur secara online dan kami akan menghantar terus ke rumah anda.
Kami akan menjelaskan bagaimana membeli sayur segar online ada manfaatnya dan bagaimana untuk menggunakan aplikasi SELDEC Marketplace.
Teruskan membaca!
Anda mungkin lebih suka untuk pergi ke pasar raya dan pilih sayur dengan sendiri.
Ini kerana, anda mungkin mahir dalam membuat pemilihan sayur segar dari segi warna, bentuk, sentuhan dan bau.
Anda tidak perlu risau kerana kami akan memastikan sayur segar dalam kualiti yang terbaik sahaja yang akan dihantar ke rumah anda!
Berikut merupakan kelebihan membeli sayur segar online:
1. Lebih banyak pilihan dan tawaran
Anda akan dapati terdapat pelbagai jenis sayur yang ditawarkan untuk anda pilih.
Pembekal online sentiasa memastikan anda akan sentiasa mendapat sayur yang berkualiti dan segar.
Selain itu, anda akan mendapati akan ada lebih banyak promosi dan diskaun berbanding pasar raya.
Ini bermakna anda boleh membeli sayur segar dengan harga yang lebih murah apabila adanya tawaran promosi dan diskaun.
2. Boleh beli pada bila-bila masa
Ini merupakan satu perkara yang pasar raya biasa tidak boleh tawarkan.
Ya, anda boleh membuat pesanan sayur segar secara online pada bila-bila masa pun tidak kira pagi, petang, siang, malam, tengah malam atau awal pagi.
Ini juga akan dapat menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu lagi pergi ke pasar raya secara fizikal.
Anda pun mesti sibuk dengan kerja dan tanggungjawab lain. Jadi, beli secara online adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
3. Ada maklumat tambahan
Apabila anda shopping sayur secara online, anda akan mendapati ada pelbagai jenis maklumat yang anda boleh tahu.
Maklumat-maklumat seperti harga, promosi, penghantaran dan sebagainya.
Anda juga akan mendapati setiap produk mempunyai penerangan secara meluas.
4. Keselesaan
Anda boleh beli sayur dengan duduk di sofa, katil dan sebagainya.
Tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari barang dan beratur panjang untuk membeli sayur.
Anda juga tidak perlu risau mengenai keselamatan membeli sayur segar online kerana pembekal online sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan.
Anda boleh mendapatkan sayur segar di aplikasi SELDEC Marketplace.
Di sini, kami akan menerangkan cara-cara membeli sayur segar online di aplikasi ini.
1. Muat turun aplikasi SELDEC Marketplace
Aplikasi ini telah dilancarkan pada 18 Oktober 2020 oleh Selangor Industrial Corporation.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di App Store dan Google Playstore. Aplikasi ini bersaiz 59.51MB.
2. Cari Kategori Sayur
Apabila anda membuka aplikasi ini, anda akan ke bahagian utamanya seperti gambar di bawah: