BELI ONLINE BARANG DAPUR: 10 WEBSITE UNTUK BELI KEPERLUAN DAPUR

12/12/2020

Ingin beli online barang dapur dengan mudah, cepat dan selamat?

Kini tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar dari rumah, beratur panjang di kaunter dan sebagainya.

Sebaliknya, anda hanya perlu menggunakan telefon pintar anda sahaja. Dengan beberapa klik, barang dapur akan dibawa ke pintu depan rumah anda.

Kita bernasib baik sebab dalam Malaysia ada banyak platform untuk membuat pesanan barang dapur secara online.

Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 10 website terbaik untuk anda dapatkan barang dapur.

KENAPA BELI BARANG DAPUR ONLINE?

●   Anda boleh memesan barangan runcit anda pada bila-bila masa, 24/7.

●   Penghantaran dilakukan terus ke destinasi pilihan anda.

●   Pilih slot waktu 1 atau 2 jam untuk kemudahan.

●   Kualiti dan kesegaran terbaik untuk mengurangkan aduan.

●   Mampu mengelakkan kesesakan orang ramai, dan barisan tempat letak kenderaan.

●   Boleh dapatkan harga terbaik serta promosi kempen dalam talian pada bila-bila masa.

10 WEBSITE UNTUK MEMUDAHKAN BELI ONLINE BARANG DAPUR

Terdapat pelbagai website atau platfrom yang menawarkan barang dapur untuk dibawa terus ke rumah anda.

Selepas ini, bolehlah anda shopping barang dapur dengan telefon pintar anda sahaja.

1.  SELDEC

Pertama dalam senarai ialah SELDEC yang merupakan platform yang menawarkan pelbagai jenis barang dapur.

Antara barang-barang dapur yang terdapat di Seldec adalah:

1.  Barang Pasar Segar

●   Daging segar

●   Seafood segar

●   Sayur-sayuran

●   Buah-buahan

Shopping Makanan-Makanan Basah di SELDEC

2.  Makanan Sejuk Beku

●   Daging deli

●   Seafood deli

●   Daging dan seafood frozen

●   Pastri dan makanan sedia dimakan

●   Pizza, kentang goreng & nuget

●   Sayur dan buah frozen

Lihat Produk-Produk Sejuk Beku di SELDEC

3.  Makanan Proses

●   Biskut dan snek

●   Makanan dalam tin

●   Mee

●   Bahan untuk masak

●   Bijirin

●   Minuman

Shopping Makanan Diproses di SELDEC

Apa yang menarik mengenai SELDEC ialah kesemua produk adalah keluaran usahawan desa dan industri kecil dan sederhana.

Sebagai pembeli, anda akan dapat menikmati produk-produk segar dari usahawan-usahawan seperti petani, penternak & nelayan.

Berikut merupakan kos penghantaran dan liputan penghantaran:

Shopping Makanan-Makanan Basah di SELDEC

2.  Tesco

Tesco merupakan salah satu pasar raya terawal yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah di Malaysia.

Dengan Tesco, anda boleh membuat pesanan seawal 3 minggu in advance. Ini bermakna anda boleh membuat persediaan barang dapur setiap bulan dengan mudah.

Anda perlu bertindak pantas kerana slot penghantaran akan cepat penuh. Ini bermakna anda tidak akan dapat menerima penghantaran pada hari berikutnya.

Perkhidmatan penghantaran ini hanya disediakan di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang, Penang, Johor Bahru dan Seremban.

3.  Jaya Grocer

Jaya Grocer merupakan pasar raya premium yang terkenal di sekitar Lembah Klang.

Di Jaya Grocer, anda akan mendapati terdapat pelbagai jenama yang diimport dan juga bahan-bahan yang jarang kita boleh jumpa di tempat lain.

Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Lembah Klang.

Mereka juga menawarkan perkhidmatan pesanan secara online.

4.  Red Tick/Red Tick Plus

Ditubuhkan pada tahun 2010, perkhidmatan RedTick menawarkan perkhidmatan penghantaran barang runcit.

Jika anda tinggal di luar Lembah Klang, anda boleh mendapatkan barang runcit melalui Red Tick Plus.

5.  HappyFresh

Dengan HappyFresh, anda boleh membeli barang dapur daripada kedai runcit pilihan anda seperti AEON, Tesco, Village Grocer dan lain-lain.

Seorang pembeli peribadi (personal shopper) akan membantu anda untuk membeli barang-barang yang anda pesan dan ia akan dihantar ke pintu depan rumah anda.

Anda boleh membuat pesanan di website atau aplikasi HappyFresh.

6.  BigBox Asia

BigBox Asia menawarkan barang dapur, jenama import premium dan juga bahan-bahan organik.

Yang menariknya, anda boleh membeli barang secara pukal. Ini bermakna anda boleh membeli barang dalam kuantiti yang banyak dan boleh menyimpannya di rumah.

7.  Potboy

Potboy mempunyai lebih 10,000 produk dan mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran di kawasan Lembah Klang.

Anda juga mempunyai pilihan untuk membeli barang untuk membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan melalui tab ‘Klik & Sumbang’.

Sumbangan ini akan diberikan ke tempat perlindungan dan rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.

8.  TM Farms

Ingin memastikan keluarga diberikan makanan berkualiti tinggi?

TM Farms menawarkan hasil organik dan hasil tempatan setiap minggu terus ke rumah anda.

Anda boleh memilih dari kumpulan seperti Fruit Box, Asian Box, Free Range Kampung Chicken, dan banyak lagi.

9.  PG Mall

Anda boleh mendapatkan barang dapur secara online melalui PG Mall.

Selain dari barang dapur, anda juga boleh shopping fesyen, aksesori dan perhiasan serta peralatan rumah.

10.               Mydin

Tahukah anda bahawa Mydin melakukan penghantaran barang runcit ke kawasan tertentu di Lembah Klang?

Mydin juga menawarkan banyak pilihan pembelian pukal jika anda ingin membeli makanan dan barang kering.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak pilihan untuk membeli barang dapur selain daripada mengunjungi pasar raya.

Semuanya berada di hujung dari anda dengan adanya perkhidmatan membeli barang dapur secara online.

Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke pasar untuk dapatkan barang dapur. Sebaliknya, barang dapur yang akan datang ke rumah anda.

Adakah anda berminat untuk memulakan peniagaan atau mengembangkan perniagaan anda? Daftar di Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC).

SELDEC bertujuan untuk menghubungkan peniaga dengan pembeli secara 'direct' tanpa menggunakan orang tengah.

SELDEC mampu membina rangkaian yang lebih luas untuk semua usahawan tidak kira sama ada anda merupakan peniaga di bandar atau luar bandar.

Selain itu, SELDEC juga bertujuan menyelesaikan beberapa isu untuk peniaga-peniaga.

Sistem rantaian pengurusan perniagaan, manfaat sumber yang sedia ada dan mengurangkan kos kitaran merupakan tujuan-tujuan utama SELDEC.

Tanpa penglibatan orang tengah, peniaga-peniaga mampu mendapat manfaat yang jauh lebih baik dari segi pendapatan.

Untuk memudahkan urusniaga, SELDEC dikuasakan dengan penggunaan aplikasi digital.

Tempahan barangan oleh pelanggan boleh dilakukan melalui aplikasi dan boleh diakses oleh semua orang yang mempunyai telefon pintar.

 

Klik Sini Untuk Menghubungi SELDEC


Comments

No posts found

Write a review