Sebagaimana variasi durian, variasi mangga yang tersohor adalah mangga harus manis mungkin jika durian mangga ini duduk sama taraf dengan durian musang king. Sebagaimana buah-buahan tempatan lain harum manis juga bermusim.
Musim mangga harum manis mengeluarkan hasil adalah antara April dan Mei setiap tahun. Namun, bukan lama, sekadar sebulan atau sebulan setengah sahaja musimnya. Bermusim menyebabkan stok terhad maka harganya, fuh.. boleh tahan. Alhamdulillah, kali ini dijangkakan Harumanis akan berbuah sehingga pertengahan bulan June 2021
Teknik penghasilan buah untuk setiap masa atau tanpa bermusim sedang dikaji oleh UniMAP Perlis.
Harum manis yang telah diwartakan sebagai harta intelek ini adalah 'trademark' negeri Perlis. Penghasilan buah datangnya dari negeri Perlis.
Harga mangga harum manis boleh tahan mahalnya berbanding mangga lain. Cuba lihat pergerakkan statistik harga mangga harum manis dari tahun ke tahun.
Tahun 2014 antara RM24 - RM27 Tahun 2015 antara RM25 - RM28 Tahun 2016 antara RM30 - RM40 Tahun 2017 antara RM20 - RM50 Tahun 2018 antara RM35 ~ RM50 Tahun 2019 antara RM20 - RM50 Tahun 2020 antara RM35 ~ RM50 Tahun 2021 antara RM30 ~ RM50
RM50 untuk satu kilogram, cukup menggambarkan mangga jenis ini cukup tinggi nilainya. Jika dibeli dalam kotak, lebih kurang 3kg beratnya, boleh mencapai RM120/kotak. Anak pokok mangga harum manis juga boleh tahan harganya, harga standard boleh berharga RM25/pokok.
Boleh tahan bernilaikan harganya, namun dapatkan pembeli dan peminat mangga mengenali buah mangga harum manis ini dengan sebenarnya ?
Takut nanti ditipu penjual. Disini terdapat beberapa cara untuk mengenal mangga harum manis yang asal (original) berpandukan gambar.
1. Berbentuk sedikit gempal atau agak gemuk membulat namun tidak terlalu besar.
2. Hujung ekornya kelihatan bucu yang tidak tajam. Dua lekukan atau bucu.
3. Senang dipastikan apabila sudah masak kerana bau harum dan bau manisnya.
Sudah ketahui dan kenal rupa bentuk fizikal buah mangga harum manis ? Harap anda mampu memilih buah yang sebenarnya, dan takut tertipu dengan penjual.
Apabila pihak Unimap sudah berjaya menemui teknik untuk menghasilkan buah tanpa bermusim, mungkin harganya tidak lagi semahal sekarang dan semua orang boleh menikmati buah mangga harum manis ini. Selamat menjamu mangga harum manis dan pulut mangga harum manis. Fuhhh!
No posts found
Write a review