Assalamualaikum dan Salam Ramadan bagi warga Muslim yang menyambut Ramadan 1442H.
Musim Harumanis kembali lagi pada bulan Ramadan kali ini. Anda pasti terliur dan ada mungkin juga teringat-ingat mengenai kelazatan pulut mangga.
Pulut Mangga paling sedap apabila dihidangkan bersama buah mangga yang enak dan juga segar. Pulut yang dimasak dengan rapi, bersama santan yang secukup rasa, dijamah bersama buah mangga yang harum, enak serta cair di mulut. Anda pasti teringin. Kombinasi makanan yang ringkas, mudah disediakan dan menyelerakan.
Teringin untuk mencuba resepi Pulut Manga? Mudah saja. Jom, belajar cara membuat pulut manga yang sangat superb!!!!
Ada banyak versi, jangan risau. Kami bawakan resepi pulut manga ala-ala Utara dan Thai !
Bahan-bahan yang diperlukan adalah,
1. 400 gram (secukup rasa) beras pulut susu yang direndam semalaman
2. 1 cawan santan pekat (mana-mana brand pun takpa)
3. 1 cawan santan cair
4. 2 atau 3 sudu besar gula (secukup rasa juga)
5. Sedikit garam, ikut citarasa masing-masing (1 sudu teh penuh)
6. Beberapa helai daun pandan/ daun pisang pemberi aroma
7. 2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak untuk ditabur
Bahan-bahan bagi kuah santan
1. 1 Cawan santan pekat
2. 1 Sudu kecik tepung beras atau tepung jagung, dibancuh dengan sekit air.
3. 1 helai daun pandan, carik-carikan dan disimpulkan
4. Garam secukup rasa supaya kuah terasa masin dan lemak
Cara-cara penyediaan Pulut Mangga:
1. Rendam beras pulut dan biarkan semalamam. Jika ingin berbuka, dan boleh mula rendam seawal pagi.
Selepas 3 jam, beras pulut tu akan sedikit kembang, aroma pulut akan mula naik! Toskan lebihan airnya
2. Kemudian sediakan bekas kukus pulak…Masukkan air ke lapisan bawah periuk kukus bersama daun pandan.
Jangan lupa untuk letak daun pisang kat lapisan atas untuk mendapatkan aromanya daun pisang pada pulut. Letakkan pulut yang ditoskan sebentar tadi tu dannkukus selama 30 minit.
Sementara menunggu, bolehlah sediakan kuah santan . Santan ni masak bersama sedikit garam & gula, jangan terlalu lama. Hanya sekejap saja bagi malarutkan garam dan gula je. Bila dah naik bau, boleh padamkan api.
3. Dalam 30 minit, anda boleh intai-intai, jika okay, bolehlah angkat pulut tadi tu. Cuba rasa dulu pulut tadi, kot-kot tak masak lagi, jika sukatan pulutnya berbeza. Selalunya dah ok.
4.Masukkan pulut ni ke bekas lain untuk dicampur bersama lebih kurang 2 cawan santan ( separuh dari hasil santan tadi ) masukkan santan & kacau hingga sebati, kemudian kukus lagi sekali dalam 15 minit, kejap je yang ni nak bagi sebati je. Pastu angkat & sekali lagi campurkan santan selebihnya & gaul sebati & sedia dimakan. ... Kalau nak lebih lemak boleh tambahkan sukatan santan ke lagi.
Inilah rupa Pulut Mangga semudah 1-4 step. Nikmati pulut manga anda bersama keluarga. Jangan lupa, anda boleh dapatkan Harumanis manga dan juga bahan-bahan ramuan lain di WWW.SELDEC.COM.MY
No posts found
Write a review