Polisi Penerimaan & Pemulangan

1 Penerimaan

1.0.1 Semasa proses penyerahan dan penerimaan barangan tempahan kepada pembeli, rakan penghantar kami meminta kebenaran untuk mengambil gambar barangan dan penerima sebagai bukti penyerahan telah selesai. Sekiranya pembeli enggan untuk mengambil gambar, pembeli hendaklah membenarkan rakan penghantar untuk mengambil gambar kawasan penghantaran seperti  (nombor rumah atau halaman rumah ) sebagai bukti penghantaran.

1.0.2 Rakan Penghantar juga akan mendapatkan no kad pengenalan penerima untuk direkodkan di dalam aplikasi rakan penghantar.

1.0.3 Pembeli di galakkan untuk menerima sendiri tempahan barangan yang di buat. Sekiranya pembeli mewakili anak atau orang lain, sebarang kehilangan atau kerosakkan yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab pembeli itu sendiri.

1.0.4 Penerima yang di wakili haruslah yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranya pembeli mewakili anak yang berumur di bawah umur 18 tahun, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kercederaan atau kerosakkan terhadap barangan tempahan dan anak yang di wakili itu.

1.0.5 Pihak kami tidak mengamalkan ‘Cash On Delivery’. Semua kos penghantaran telah di buat sebelum penghantaran di buat. 

1.0.6 Pihak kami membenarkan sekiranya pembeli ingin melakukan ‘Contactless Delivery’. Namun pihak pembeli haruslah menyediakan tempat yang sesuai untuk meletakkan tempahan barangan. Rakan kami akan memaklumkan apabila tempahan barangan telah di letakkan dan ianya di anggap penghantaran telah berjaya.

2 Pembatalan

2.1 Pihak kami akan membatalkan tempahan barangan sekiranya kehabisan stock di sebabkan kes kes yang tertentu yang tidak dapat di elakkan. Walaubagaimanapun pihak kami akan memaklumkan kepada pembeli terlebih dahulu.

2.2 Sekiranya barangan tempahan kehabisan stok, pihak “merchant” akan memaklumkan kepada pembeli samada mahu menunggu atau membatalkan tempahan tersebut.

2.3 Pembeli boleh membatalkan tempahan barangan sekiranya enggan menunggu ketibaan stok baharu.

2.4 Tempahan barangan yang telah di selesai pembayaran adalah tidak boleh di batalkan. Pembeli haruslah menghubungi SELDEC sekiranya mempunyai alasan kukuh untuk proses pembatalan. Walaubagaimanapun pihak kami berhak untuk mengembalikan nilai pembelian dalam bentuk ‘voucher’ ataupun kupon. Namun terdapat caj-caj yang dikenakan tidak akan dikembalikan.

2.5 Apabila tempahan barangan telah dalam proses pengambilan dan agihan, dari segi teknikal porses pembatalan adalah sama sekali tidak dibenarkan.

3 Pemulangan Dan Bayaran Balik

3.1 Pembeli di galakkan untuk memeriksa  sebaik sahaja menerima tempahan barangan daripada rakan penghantar kami. 

3.2 Sekiranya terdapat barangan yang bukan daripada tempahan anda, anda boleh memulangkan kepada rakan penghantar kami jika anda menggunakan SELDEC Rider atau SELDEC EXPRESS.

3.3 Jika pembeli menggunakan Logistik curier, pembeli hendaklah memaklumkan kepada Perkhidmatan Pelanggan SELDEC atau ‘merchant’ untuk tindakan selanjutnya untuk proses pemulangan.

3.4 Pembeli boleh untuk menolak atau memulangkan tempahan barangan sekiranya tidak menepati spesifikasi yang tertera di laman web SELDEC namun mengikut spesifikasi masa yang ditetapkan
3.4.1 Bagi barangan segar dan beku seperti (Ikan, Ayam, Sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya) mestilah dipulangkan semasa proses penerimaan barang atau sebelum penyerahan di buat atau selewat-lewatnya 24 jam selepas penghantaran di buat.
3.4.2 Bagi barangan kering atau bukan barangan segar seperti (Produk dalam tin, barangan masakan kering, barangan isi rumah, pencuci dan sebagainya) mestilah dipulangkan dalam masa tiga (3) hari daripada tarikh penerimaan.

3.5 Sekiranya anda tidak memperolehi sebahagain daripada barangan tempahan yang tidak diterima disebabkan kesilapan teknikal, pihak kami akan mengaturkan kembali penghantaran pada keesokan harinya.

3.6 Sekiranya selepas penyerahan barangan tempatan telah selesai dan dalam masa tiga (3) hari, tetapi anda mendapati terdapat barangan yang tidak menepati sepsifikasi seperti (Barang tamat tempoh) anda boleh menghantar aduan kepada perkhidamatan pelanggan kami dengan menyatakan sebab untuk pemulangan dan gambar produk.

3.7 Sebarang aduan  akan di ambil tindakan dan siasatan. Ianya mengambil masa tiga (3) ke lima (5) hari waktu berkerja. Sekiranya aduan tidak berasas, kami tidak akan membuat sebarang bayaran balik, tetapi sekiranya aduan berasas, bayaran balik akan di buat kepada pembeli.

3.8 Pihak kami akan memaklumkan status bayaran balik kepada pembeli melalui email atau terus berhubung kepada pembeli.

3.9 Sebarang bayaran balik adalah tidak termasuk dengan diskaun yang di berikan oleh SELDEC. Nilai diskaun akan di tolak daripada harga pembelian anda.