Polisi Penghantaran
1. Penghantaran
1.0 Kawasan Penghantaran menggunakan SELDEC Rider adalah di sekitar kawasan lembah klang. Lokasi Kawasan penghantaran boleh di rujuk di jadual 1.0 di bawah. Penambahan kawasan penghantaran akan di maklumkan di laman web dan di laman Facebook kami. Walaubagaimanapun penghantaran bagi SELDEC Rider adalah terhad sehingga 50 km sahaja buat masa ini.
1.1 Walaubagaimanapun kami telah memperluaskan penghantaran bagi kawasan di sekitar Kuala Selangor di dalam lingkungan radius 20 km.
Jadual 1.0
SELDEC Rider Shah Alam | SELDEC Rider Kuala Selangor |
Ampang Bandar Baru Bangi Bandar Puncak Alam Bangi Banting Batu Caves Cheras Cyberjaya Jenjarom Kajang Kapar Klang Kuala Lumpur Pelabuhan Klang Petaling Jaya Puchong Putrajaya Rawang Serdang Seri Kembangan Setapak Shah Alam Subang Airport Subang Jaya Sungai Buloh Telok Panglima Garang | Kuala Selangor Bestari Jaya Batang Kali Bukit Rotan Tanjong Karang
|
1.2 Untuk sesetengah produk penghantaran juga di lakukan di seluruh Semenanjung Malaysia menggunakan Logistik Kurier.
1.3 Barangan akan di hantar mengikut alamat berdasarkan ‘Delivery Address’ yang di lengkapkan oleh pembeli sebelum proses ‘checkout’ dilakukan.
1.4 Pembeli tidak di benarkan untuk membuat penukaran alamat setelah ‘Order’ telah dimuktamadkan.
1.5 Penambahan atau pertukaran alamat yang di buat di bahagian ‘chat’ atau ‘Customer Notes’ adalah tidak terpakai.
1.6 Alamat penghantaran yang tidak tepat akan menyebabkan penghantaran terbatal.
1.7 Pembeli boleh menyemak status penghantaran anda di laman web kami iaitu https://parcel.seldec.my.
1.8 Pihak SELDEC akan memaklumkan terlebih dahulu kepada pembeli sekiranya terdapat penghantaran yang di tunda atau di awalkan atau di batalkan atas sebab sebab yang tidak dapat di elakkan.
1.9 Pembeli boleh menyatakan sekiranya ingin membuat “contactless delivery” dengan meletakkan nota pada “Customer Notes”. Namun pembeli haruslah menyediakan tempat yang sesuai untuk Rakan Penghantar kami untuk meletakkan barangan tempahan tuan/puan agar berada di dalama keadaan yang selamat.
1.10 Pembeli adalah digallakkan untuk memberitahu kepada Rakan penghantar kami sekiranya kawasan tempat tinggal anda mempunyai peraturan – peraturan seperti , akses sekiranya diperlukan, tempat “drop off” atau tempat menunggu khas untuk rakan penghantar.
1.11 Rakan penghantar kami hanya akan menunggu pembeli maksima 15 minit semasa proses penyerahan barangan kepada pembeli. Pembeli di minta untuk bersedia menerima tempahan barangan anda setelah mendapat panggilan atau pesanan teks dari rakan penghantar.
1.12 Rakan penghantar akan menghubungi pembeli terlebih dahulu sebelum penghantaran di buat melalui pesanan teks atau melalui talian.
2. Waktu Penghantaran
2.0 Waktu penghantaran untuk SELDEC Rider adalah pada keesokkan harinya kecuali hari Ahad akan di bawa ke hari Isnin. Tempahan yang di ambil kira adalah bagi mana-mana tempahan yang di buat selepas jam 6 petang hari sebelumnya sehingga jam 6 petang pada hari itu.
2.1 Untuk SELDEC EXPRESS waktu penghantaran adalah pada hari yang sama kecuali hari ahad. Tempahan yang di ambil kira adalah bagi mana2 tempahan yang di buat di antara jam 6 petang hari sebelumnya sehingga jam 11:30 pagi pada hari itu.
2.2 Pihak SELDEC akan memaklumkan di dalam laman web SELDEC kepada pelanggan sekiranya tiada penghantaran pada hari kelepasan AM yang terlibat.
2.2 Masa penghantaran menggunakan SELDEC RIDER dan SELDEC EXPRESS adalah sekitar jam 2 petang hingga 6 petang.
2.3 Waktu penghantaran menggunakan Logistik kurier adalah di antaran 2 hingga 4 hari.
2.4 Masa penghantaran yang menggunakan Logistik kurier adalah bergantung kepada pihak penghantaran pihak ketiga itu sendiri. Walaubagaimanapun pihak Logistik Kurier akan menghubungi anda terlebih dahulu sebelum penghantaran di buat.
2.5 Penghantaran mungkin akan mengalami kelewatan atau di tangguhkan sekiranya kawasan penghantaran mengalami kesesakkan luar biasa, hujan lebat atau situasi di mana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
2.6 Pihak penghantar tidak akan bertangungjawab sekiranya berlaku kerosakkan, kekurangan atau kehilangan barang yang tidak berkait dengan proses penghantaran. Pelanggan haruslah memaklumkan kepada pihak ‘Merchant’ untuk tindakan selanjutnya. Namun pelanggan juga boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan SELDEC bagi pihak orang tengah di antara Pelanggan dan ‘Merchants’.
2.7 Sekiranya tempahan anda tidak diterima di dalam masa dan hari yang ditetapkan anda boleh menghubungi kami terus melalui perkhidmatan pelanggan di dalam laman web atau di ‘Facebook’ kami.
2.8 Pihak SELDEC berhak untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran dari luar sekiranya berlaku keadaan yang di luar jangka seperti penambahan tempahan yang luar biasa, Tempahan secara pukal atau kekurangan rakan penghantar.
3. Kadar Penghantaran
3.0 SELDEC mengenakan kadar penghantaran serendah RM4.56. Walaubagaimanpun, Kadar Penghantaran adalah berbeza bagi setiap ‘Shipping Method’ yang terdapat di dalam “SELDEC Marketplace”.
3.1 Kadar penghantaran adalah berbeza mengikut jarak penghantaran dan berat barangan terutamanya yang melebihi 10 kilogram. Kadar penghantaran yang terperinci boleh dirujuk di jadual 3.1 di bawah.
Jadual 3.1
3.2 Pelanggan di galakkan untuk membuat ‘split order’ sekiranya tempahan melebihi 10 kilogram bagi mengelakkan dikenakan caj penghantaran yang lebih tinggi dari biasa.
3.3 Pelanggan di minta untuk memeriksa kadar penghantaran yang dikenakan sebelum proses pembayaran di buat. Pelanggan boleh menekan butang ‘recalculate rate’ untuk mengetahui kadar penghantaran yang terkini.
3.4 Untuk mendapatkan kadar penghantaran yang tepat, pembeli haruslah berdaftar dengan akaun SELDEC dan mengemaskini alamat penghantaran terlebih dahulu sebelum proses pembelian di buat.
3.5 Pihak SELDEC akan memaklumkan kepada Pelanggan sekiranya ada perubahan pada kadar penghantaran dari semasa ke semasa.
3.6 Pihak SELDEC akan memaklumkan kepada pelanggan sekiranya terdapat penambahan untuk servis penghantaran seperti penghantaran barangan ‘Fresh Product’ di luar kawasan Lembah Klang dan Kuala Selangor.
3.7 Pihak SELDEC akan meletakkan had minimum pembelian. Sekiranya pembelian ada di bawah nilai had minimum, Nilai had minimum akan di kenakan.
4. Risiko Produk Pembelian
4.0 Risiko produk adalah di bawah tanggungan pembelian setelah barangan telah selamat di hantar kepada pembeli.
5.0 Kegagalan Penghantaran
5.0 Rakan Penghantar kami akan menunggu sehingga 15 minit apabila telah tiba di alamat penghantaran untuk proses penyerahan. Sekiranya tiada respon dari pembeli, barangan tempahan akan ditinggalkan di tempat yang bersesuaian oleh rakan pekerja kami seperti di Pondok kawalan.
5.1 Sekiranya pembeli tiada di alamat penghantaran untuk menerima tempahan barangan, pembeli haruslah menyediakan tempat yang bersesuaian untuk rakan penghantar meletakkan barang tempahan. Namun pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan apabila barangan ditinggalkan.
5.2 Sekiranya ada menolak barangan tempahan itu atas sebab-sebab tertentu, barangan tersebut akan di bawa kembali ke Hub kami untuk di simpan. Proses penghantaran kembali ke pembeli akan di kenakan caj penghantaran yang baharu. Namun sekiranya barangan tidak di tuntut dalam masa 24 jam, barangan akan di hantar kembali kepada ‘merchants’.
5.3 Dalam kes kes tertentu, pihak kami berhak untuk tamatkan penghantaran sesuatu tempahan. Contoh sekiranya tempat penghantaran terletak di kawasan (Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD). Barangan tempahan akan di hantar kembali di Hub.
5.4 Kami dan rakan penghantar tidak akan bertanggungjawab kepada sebarang kehilangan, kerosakkan atau penambahan kos barangan atau premis yang bukan di sebabkan oleh proses penghantaran.
5.5 Tempahan barangan anda akan di hantar terus ke alamat penghantaran yang di kemukakan di dalam tempahan. Pihak kami berhak untuk meninggalkan tempahan dan dengan pengetahuan anda di ruang utama atau lobi sekiranya alamat kediaman adalah strata mengikut peraturan peraturan yang ditetapkan oleh sesuatu strata itu.